Sucralose Sweetener

Apakah Sukralosa (Sucralose) ? 
Sukralosa adalah pemanis tanpa kalori yang digunakan sebagai pengganti gula. Ianya dihasilkan melalui proses pengklorinan sukrosa (gula tebu hitam) yang melalui proses sintesis berperingkat.

Di Eropah Bersatu ianya dikenali dengan kod pemakanan E955. Sukralosa adalah 320 hingga 1000 kali lebih manis daripada sukrosa. Sukralosa lebih banyak digunakan dalam penghasilan makanan berbanding pemanis rendah kalori yang lain kerana sifatnya yang sedap, stabil, dan selamat untuk dimakan.


Sejarah dan fakta Sukralosa 

Sukralosa ditemui kali pertama pada tahun 1976 oleh dua orang saintis bernama Tate dan Lyle dan dua orang penyelidik daripada Queen Elizabeth College. Ianya ditemui ketika mereka mengkaji cara penggunaan sukrosa sintetik dalam industri. Ianya diakui sangat manis apabila salah seorang dari mereka cuba merasanya.

Sukralosa mula digunakan dalam makanan pada tahun 1991 di Kanada.Kemudian ianya mula dipasarkan di Australia pada tahun 1993, New Zealand pada tahun 1996, Amerika Syarikat pada tahun 1998, dan di Eropah Bersatu pada tahun 2004. Menjelang tahun 2008, ianya mula dipasarkan secara meluas di lebih 80 buah negara termasuklah Mexico, Brazil, China, India, dan Jepun.

Pada April 2015 pula, sebuah syarikat pengeluar minuman berkarbonat telah mengumumkan untuk menukarkan bes pemanis dalam minuman diet mereka daripada Aspartame kepada Sukralosa kerana ianya lebih menyihatkan.


Apakah Fungsi Pankreas
Pankreas adalah suatu organ yang terdapat dalam badan manusia.

Ianya bertanggungjawab untuk memastikan kadar gula dalam darah sentiasa stabil.

Pankreas bertindak menghasilkan insulin yang mana berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga yang diperlukan oleh badan.

Namun atas faktor usia dan pemakanan, Pankreas boleh menjadi lemah dan berhenti dari menghasilkan insulin atau pun menghasilkan insulin yang tidak berfungsi.

Apabila fenomena ini berlaku ke atas seseorang, maka orang itu dipanggil sebagai pesakit kencing manis (Diabetes). Penyakit ini akan menyerang organ-organ lain dari berfungsi dengan betul.


Ancaman Diabetes dan Gula Putih
Pengambilan gula putih yang berlebihan juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya yang lain selain Diabetes. Menurut kajian, gula putih mampu menguatkan sel-sel kanser yang mana akan melemahkan sistem imunisasi tubuh.

Selain itu, pengambilan gula putih berlebihan juga menjadikan platlet darah melekit yang mana akan meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang akan mengakibatkan serangan jantung dan strok. Setiap gram gula mampu memberi 4 kalori kepada tubuh, manakala kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak di dalam badan yang mana akan meningkatkan risiko Obesiti atau kegemukan.

Secara purata, orang awam biasanya minum air manis 6 kali sehari. Maka untuk sehari (24 jam) boleh dikatakan purata gula yang diambil sehari mencecah sehingga 250 gram !!!!

Pakar kesihatan menganggarkan setengah bilion individu bakal hidap Diabetes pada tahun 2030.

Laporan akhbar berkenaan bahaya Diabetes dan gula putih :
 

Kelebihan Sukralosa
Sebagai langkah pencegahan penyakit merbahaya terutamanya Diabetes, seperti mana orang selalu mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati, maka RealResult Natural Sweetener Sucralose adalah produk yang terbaik untuk menggantikan gula putih di rumah mahupun kedai anda sebagai pemanis dalam makanan dan minuman.

Kelebihan-kelebihan utama RealResult Natural Sweetener Sucralose :
Sukralosa diperbuat daripada gula tebu hitam, jadi rasanya adalah sama macam gula. Tahap kemanisan Sukralosa adalah 600 kali ganda lebih manis daripada gula putih, hanya sedikit sahaja Sukralosa yang diperlukan untuk memaniskan makanan dan minuman anda.

Walaupun Sukralosa dihasilkan daripada gula tebu hitam namun ianya bukan kategori karbohidrat dan tidak mempunyai kalori. Ianya amat sesuai digunakan oleh sesiapa yang ingin kurangkan pengambilan gula dan kalori terutamanya bagi penghidap Diabetes dan Obesiti.

Keunikan rasa manis Sukralosa yang hampir sama dengan gula telah pun diakui oleh ramai penggemar makanan manis yang telah mencubanya. Namun ianya tidak merbahaya kerana tidak mempunyai kalori.


RealResult Natural Sweetener Sucralose mempunyai ciri-ciri mudah dibawa dan menjimatkan wang serta ruang. Jadi, ianya amat sesuai untuk digunakan di rumah, pejabat, sekolah, kedai makan, atau di mana saja kerana saiznya yang mudah untuk disimpan dan dibawa.

Sukralosa juga adalah selamat untuk diambil oleh semua peringkat umur dan jantina sama ada kanak-kanak, ibu-ibu mengandung, dan juga pesakit Diabetes (sangat sesuai)

Sebelum dipasarkan, sama juga seperti kandungan pemakanan yang lain, Sukralosa telah pun melalui kajian menyeluruh berkenaan keselamatan penggunaannya sebagai makanan. Daripada hasil kajian pakar seluruh dunia, Sukralosa telah pun diiktiraf sebagai selamat untuk dimakan.

Walaupun rasanya manis dan sama seperti gula, namun Sukralosa tidak menyumbang kepada masalah kaviti dan kerosakan gigi, kerana ianya tidak menjadi makanan kepada bakteria di dalam mulut.