Water Filter
















Penapis air untuk semua
RealResult Water Filter bukan sahaja menapis air untuk diminum tetapi juga untuk kegunaan pelbagai perkara lain seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Mungkin ramai yang menganggap air paip yang jernih itu sememangnya bersih. Hati-hati, jangan tertipu !! Kandungan logam yang merbahaya yang terdapat dalam air tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kandungan logam ini lah yang boleh memudaratkan kesihatan jika diminum atau digunakan untuk memasak.

Kandungan logam dan Ammonia dalam air bukan sahaja merbahaya untuk diminum, tapi juga bahaya jika digunakan untuk mandi atau membasuh, kerana logam larut dalam air mampu menyerap masuk melalui kulit dan mengakibatkan pelbagai penyakit lagi.

Setiap hari kita merasakan kita telah minum air bersih dan sihat selepas dimasak. Tapi tahukah anda air yang dimasak hanya membunuh kuman, tetapi masih mengandungi logam berat. Untuk memastikan anda mendapat bekalan air yang betul-betul bersih, maka RealResult Water Filter adalah jalan penyelesaiannya.

Bagaimana RealResult Water Filter berfungsi ?
RealResult Water Filter dipasang atau digunakan pada meter air rumah atau kedai anda, iaitu sebelum bekalan air sampai ke seluruh rumah atau kedai anda.

Lapisan-lapisan penapis dihasilkan dengan teknologi untuk memberikan hasil tapisan terbaik.



Setiap lapisan ada fungsi tersendiri seperti berikut :

Zeolite
Zeolite memiliki struktur kristal yang luar biasa dengan kuasa penyerapan yang tinggi, ianya dihasilkan dengan teknologi melalui proses sintesis larutan Alumina dan Silika yang dipanaskan bersama Hidrogen Peroksida. Zeolite digunakan secara meluas dalam industri sebagai penapis dan mangkin dalam pemprosesan petroleum, gas dan penapisan air. Ia mampu menapis pepejal larut, larutan logam berat, dan larutan Ammonia.

Antrasit
Antrasit adalah mineral yang tergolong dalam kumpulan arang batu, namun ia lebih keras dan tumpat daripada arang batu lain dan bersifat separa logam. Ianya terhasil daripada proses metamorfosis tahap rendah, di mana komposisi karbon di dalamnya adalah antara 92.1% hingga 98%. Kandungan karbon yang tinggi membantu proses penyerapan yang tinggi dan tepat. Ia mampu menapis partikel-partikel, kekotoran koloid, pepejal larut, besi, manganese dan juga menghilangkan bau.

Silika Halus
Silika halus adalah pasir silika yang mempunyai butiran pasir berukuran 0.45mm. Silika adalah nama panggilan bagi sebatian silikon dioksida atau lebih dikenali dengan pasir. Butiran Silika yang halus ini mampu bertindak memerangkap sedimen-sedimen halus pada permukaannya.

Silika Sedang (Sederhana)
Silika Sedang adalah pasir yang mempunyai saiz butiran pasir berukuran 1.2mm. Pasir atau Silika bersaiz ini pula mampu menapis kotoran yang dapat mengelak daripada penyakit-penyakit seperti typhoid (demam yang berlarutan), cholera (serangan virus), bihdrya, dan amoeba.

Silika Kasar
Silika Kasar adalah pasir silika yang mempunyai saiz butiran pasir berukuran 2.4mm. Saiz butiran yang besar menjadikan ianya sangat sesuai digunakan secara domestik dan dalam industri penapisan air kerana memiliki ketumpatan yang tinggi dan kuat serta tahan lasak. Ia juga mampu menapis partikel, sedimen, lumpur dan bendasing pepejal dalam air.


Sistem 'Backwash' yang menjimatkan 
RealResult Water Filter dilengkapi dengan sistem backwash yang bertindak sebagai pencuci filter. Ianya juga amat mudah untuk dikendalikan dan boleh dilakukan sendiri.

RealResult water filter disertakan bersama dengan multi-port valve yang mana mempunyai tiga pilihan fungsi utamanya.

Tuil yang disediakan pula adalah untuk memudahkan pengguna sendiri membuat penyelenggaraan 'backwash' tersebut.
Ketiga-tiga pilihan tersebut memiliki fungsi-fungsi tertentu seperti berikut :


Backwash
Penetapan Backwash digunakan ketika mencuci lapisan filter dalaman daripada kotoran-kotaran yang berkumpul pada permukaannya. Ianya hanya perlu dilakukan seminggu hingga 2 minggu sekali sahaja bergantung kepada tahap kebersihan bekalan air anda. Sistem ini benar-benar menjimatkan masa dan wang anda kerana tidak perlu bayar upah penyelenggaraan dan tidak memakan masa yang lama.

Rinse
Penetapan Rinse pula perlu dilakukan selepas proses Backwash selesai. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan filter dalaman bersih sepenuhnya dari sisa-sisa kotoran yang telah dibuang melalui Backwash.

Filter
Penetapan ini digunakan sepanjang masa anda ingin mendapatkan bekalan air bersih. Semasa penetapan ini lah filter dalaman bertindak menapis kotoran atau logam dan bendasing daripada masuk ke saluran paip rumah atau kedai anda.

Kelebihan dan keperluan manusia terhadap air bersih
Tahukah anda penggunaan air yang bersih amat perlu diambil serius dalam kehidupan seharian? Memang tidak dapat dinafikan air adalah sumber kepada kehidupan bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Air yang benar-benar bersih bukan sahaja diperlukan untuk rasa yang sedap bila minum atau tidak berbau ketika digunakan untuk mandi, tetapi ianya mempengaruhi juga kesihatan dan keselesaan.
 


Air yang bersih diperlukan untuk :
Kulit yang lebih muda dan bersinar
Mengurangkan keletihan dan melancarkan kitaran oksigen ke dalam sel
Mencuci toksin dan kotoran
Membantu pembakaran lemak berlebihan
Mengawal penyerapan kalori
Mengurangkan risiko serangan jantung
Mengimbangkan tekanan darah
Memulihkan fungsi organ dalam badan
Meningkatkan imunisasi dan mencegah kanser